Posts

MEMBENTUK SIKAP POSITIF DALAM DIRI MEMBAWA KEGEMBIRAAN

Image
Seseorang yang ingin meningkatkan diri dan inginkan pencapaian yang cemerlang dalam hidup sewajarnya menanamkan sikap positif dalam diri. Kenapa kita perlu  membentuk sikap positif ini adalah kerana dunia ini penuh dengan cabaran dan halangan. Oleh itu, jika kita membentuk sikap positif dari sekarang kita mesti akan dapat berjaya mengatasi segala cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh kita. Orang yang positif juga akan mempunyai peribadi yang unggul dan mereka sentiasa tenang apabila berdepan dengan pelbagai masalah. Selain itu, orang yang positif juga akan mencari jalan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. manakala orang yang sering berputus asa lazimnya gagal mendepani sebarang masalah dan gagal dalam perancangan hidup.  Seterusnya, orang yang positif akan memanfaatkan sepenuhnya peluang keemasan yang ada. Sesuatu peluang yang terbuka itu akan dimanfaatkan untuk terus maju dengan matlamat yang besar dan visi yang jitu.  Oleh sebab itulah, kebanyakan orang yang positif ...

PENGAJARAN YANG BOLEH DIAMBIL DARIPADA FILEM THE QUEEN'S GAMBIT

Image
S emua orang menonton dan bercakap mengenai rancangan Netflix yang baru iaitu The Queen's Gambit. Sebagai orang yang tidak mempunyai pengetahuan tentang catur, saya tidak menyangka diri saya akan terjebak untuk menonton rancangan tersebut sehinggakan rancangan tersebut telah menjadi salah satu rancangan yang paling digemari oleh saya sehingga kini.  The Queen's Gambit merupakan perjalanan atau pemain catur berbakat Elizabeth Harmon ketika dia menavigasi dunia catur. Dari anak Yatim piatu yang tidak tahu apa-apa tentang catur hingga tuan besar yang mengalahkan pemain terkenal tiga kali usianya, dia selalu menjadi kekuatan untuk diperhitungkan.    Pengajaran yang boleh diambil daripada rancangan The Queen's Gambit yang pertama adalah tiada siapa yang akan berada disisi kita sepanjang masa. Dalam kehidupan kita, kita mesti akan mengalami proses kehilangan orang yang kita sayang. Dalam kes Elizabeth, dia telah kehilangan keluarga, rakan, dan guru sepanjang perjalanan dan berj...

TIPS PENGURUSAN MASA

Image
Nak berjaya memang tak mudah kerana kena banyak ilmu yang perlu kita pelajari. Tetapi untuk betul-betul dapat manfaatkan masa kita untuk belajar kita harus fokus. Oleh itu, terdapat 5 tips pengurusan masa yang saya lakukan dan sangat efektif sebagai seorang yang bergelar pelajar.  Tips yang pertama yang selalu dilakukan oleh saya ialah mengatur masa semasa belajar. Masa amat kritikal dalam pembelajaran yang berkesan. Dengan itu, saya membuat jadual waktu harian dan membekal beberapa jam mengikut kemampuan saya ketika belajar.  Seterusnya, tips yang kedua ialah dapatkan tidur yang mencukupi. Maksudnya pastikan dalam jadual tersebut kita mempunyai masa untuk tidur dan rehat. Tidur yang mecukupi selama 6 atau 7 jam semalaman boleh merikan suatu kesan yang sangat besar bagi seorang pelajar. Seterusnya, selah mendapat tidur yang cukup pada paginya saya akan melakukan pergerakan fizikal selama 15 minit, mengambil sarapan yang sihat dan kemudianya saya akan mentelaah pelajaran. ...

PENGALAMAN KE RUMAH ANAK-ANAK YATIM & ASNAF QASEH IBU

Image
  Pada 20 April 2019, saya bersama kawan-kawan diploma telah membuat suatu program kebajikan untuk subjek tanggungjawab sosial kami. Kami telah memilih untuk membuat kebajikan di rumah anak-anak yatim dan Asnaf Qaseh Ibu di Ampang, Selangor.  Nama kumpulan kami ialah 'UDECharity4Relief" yang terdiri daripada semai 33 orang dari kelas diploma perakaunan.  Untuk membantu anak-anak yatim tersebut kami memerlukan duit untuk membeli segala barang keperluan yang diperlukan untuk diberi kepada mereka. Kami telah mencari dana dengan menjual kek batik, roti gulung sosej dan juga makanan ringan. Selain itu, seorang bapa daripada kumpulan kami juga telah memberi sedekah sebanyak RM500 bagi  membantu kami dari segi kewangan. Hasil daripada penjualan dan sedekah, kami dapat membeli barang keperluan, membayar duit katering untuk makanan makanan sarapan pagi, tengahari dan juga petang serta aktiviti utama kami untuk membuat mini perpustakaan di rumah anak-anak yatim juga telah berj...

TENTANG USTAZ MIZI WAHID

Image
Muhammad Tarmizi Bin Abdul Wahid atau dikenali sebagai Uztaz Mizi Wahid adalah Ketua Pegawai Eksekutif Safinah Institut, sebuah pusat pendidikan Islam yang dimulakan di Singapura pada tahun 2009. Ia menjalankan kursus Islam dalam bahasa Inggeris untuk semua peringkat umur yang melibatkan para pelajar dengan soalan, perkongsian dan perbincangan. Safinah juga mengadakan khemah untuk remaja dan kanak-kanak serta tempat percutian rohani untuk orang dewasa secara berkala yang dipimpin oleh Tarmizi. Dia adalah lulusan Universiti Al-Azhar di Kaherah, jurusan Undang-undang Islam. Setelah tamat pengajian, dia berkhidmat di Majlis Agama Islam Singapura di Pejabat jabatan Mufti selama dua setengah tahun sebelum memulakan perjalanan keusahawanan. Dia telah ditayangkan di televisyen tempatan, ditemu ramah di stesen radio tempatan dan juga telah menulis banyak artikel untuk pelbagai penerbitan. Kesungguhannya dalam hidup adalah memberi inspirasi kepada orang-orang melalui kata-kata Al-Quran dan Sunn...

SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE-24 PERKAHWINAN AMI & ABAH

Image
Assalamualaikum semua, semalam pada hari isnin 23 November 2020 merupakan hari ulang tahun perkahwinan mak dan ayah saya. Mereka telah mengharungi susah dan senang selama 24 tahun bersama-sama. Kami adik beradik sentiasa bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang sentiasa memenuhi kehendak kami, bersabar dengan perangai dan karenah kami dan sentiasa memberikan keperluan yang secukupnya kepada kami adik-beradik.  Apabila mengenangkan pengorbanan mereka terhadap kami, saya berasa sangat sebak. Jika dilihat apa yang telah mereka lakukan untuk kami adik-beradik, rasanya tidak terbalas jasa mereka yang terlalu besar untuk kami. Emak dan abah sentiasa berpesan pada kami supaya sentiasa menjaga dan merapatkan sifat kasih sayang diantara keluarga serta kami harus jaga tingkah-laku dan maruah keluarga walau dimana sahaja kami berada. Oleh itu, saya dan adik-beradik membuat perancangan untuk membeli kek bagi menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.  Walaupun kami tidak menyambut secara...

SAHABAT BAIK

Image
Harini ini saya ingin berceritakan tentang kawan paling rapat saya iaitu Nurul Jazmin. Kawan baik adalah orang yang rapat dengan kita. Kawan baik juga merupakan orang yang boleh dipercayai. Nurul Jazmin merupakan kawan saya ketika diploma. Kami mula kenal kerana dia merupakan jiran sebelah ketika kami duduk di asrama kolej yang sama sehingga menjadi rapat. Secara jujurnya, saya tidak mempunyai kawan yang rapat yang boleh saya jadikan sebagai sahabat. Tetapi, sejak saya berkawan dengan Jazmin rupa-rupanya perangai dia dan saya adalah lebih kurang sama sahaja. Kami sentiasa ikhlas antara satu sama lain dan kadang-kala perangai kami boleh jadi gila sedikit apabila bersama.  Ketika kami belajar bersama-sama, kami sentiasa membantu antara satu sama lain dalam pelajaran dan tidak pernah kedekut ilmu. Kami juga pernah membuat kejutan untuk menyambut hari jadi masing-masing. Banyak aktiviti yang kami lakukan semasa diploma. Antaranya kami pernah memasuki pertandingan menari dan mendapat te...