PENGAJARAN YANG BOLEH DIAMBIL DARIPADA FILEM THE QUEEN'S GAMBIT
Semua orang menonton dan bercakap mengenai rancangan Netflix yang baru iaitu The Queen's Gambit. Sebagai orang yang tidak mempunyai pengetahuan tentang catur, saya tidak menyangka diri saya akan terjebak untuk menonton rancangan tersebut sehinggakan rancangan tersebut telah menjadi salah satu rancangan yang paling digemari oleh saya sehingga kini.
The Queen's Gambit merupakan perjalanan atau pemain catur berbakat Elizabeth Harmon ketika dia menavigasi dunia catur. Dari anak Yatim piatu yang tidak tahu apa-apa tentang catur hingga tuan besar yang mengalahkan pemain terkenal tiga kali usianya, dia selalu menjadi kekuatan untuk diperhitungkan.
Pengajaran yang boleh diambil daripada rancangan The Queen's Gambit yang pertama adalah tiada siapa yang akan berada disisi kita sepanjang masa. Dalam kehidupan kita, kita mesti akan mengalami proses kehilangan orang yang kita sayang. Dalam kes Elizabeth, dia telah kehilangan keluarga, rakan, dan guru sepanjang perjalanan dan berjuang untuk beberapa waktu. Tetapi dia tetap berjaya dan dia tahu bagaimana untuk bertahan ketika menghadapi masalah dan dugaan.
Seterusnya, Benny merupakan pemain catur yang bijak yang telah mempelajari pelbagai gaya bermain catur sepanjang masa. Dia mencerminkan kemampuan Elizabeth Harmon untuk memvisualisasikan kedudukan catur di kepalanya. Sekiranya ada sesuatu yang diajarkan oleh Benny kepada kita adalah tidak salahnya untuk mempunyai keyakinan lebih terhadap diri sendiri. Untuk tidak ragu-ragu, mempunyai lebih banyak kepercayaan, untuk menjadi lebh kuat dalam setiap pergerakan, dan begitulah cara kita untuk memenangi permainan catur tersebut.
Selain itu, Jolene merupakan kawan rapat Elizabeth Harmon di rumah anak-anak yatim. Jolene membantu menavigasi peraturan dan udang-undang kehidupan serang anak yatim. Sahabat terbaik merupakan keluarga juga. Begitulah Jolene dan Elizabeth Harmon. Mereka tidak bertemu antara satu sama lain selama bertahun-tahun, tetapi apabila mereka berjumpa persahabatan diantara mereka tidak pernah pudar. Jolene muncul ketika Elizabeth Harmon sangat memerlukannya yang mebuktikan kawan sejati tidak pernah berpisah.
Saya berharap anda dapat menonton rancangan tersebut. Semua karakter dalam rancangan ini sangat menakjubkan dan juga banyak pengajaran yang diperolehi yang dapat kita gunakan dalam kehidupan kita.
Gambar kredit daripada imdb.com
Comments
Post a Comment