PENGALAMAN KE RUMAH ANAK-ANAK YATIM & ASNAF QASEH IBU
Pada 20 April 2019, saya bersama kawan-kawan diploma telah membuat suatu program kebajikan untuk subjek tanggungjawab sosial kami. Kami telah memilih untuk membuat kebajikan di rumah anak-anak yatim dan Asnaf Qaseh Ibu di Ampang, Selangor. Nama kumpulan kami ialah 'UDECharity4Relief" yang terdiri daripada semai 33 orang dari kelas diploma perakaunan.
Untuk membantu anak-anak yatim tersebut kami memerlukan duit untuk membeli segala barang keperluan yang diperlukan untuk diberi kepada mereka. Kami telah mencari dana dengan menjual kek batik, roti gulung sosej dan juga makanan ringan. Selain itu, seorang bapa daripada kumpulan kami juga telah memberi sedekah sebanyak RM500 bagi membantu kami dari segi kewangan. Hasil daripada penjualan dan sedekah, kami dapat membeli barang keperluan, membayar duit katering untuk makanan makanan sarapan pagi, tengahari dan juga petang serta aktiviti utama kami untuk membuat mini perpustakaan di rumah anak-anak yatim juga telah berjaya.
Seterusnya, banyak aktiviti juga telah dilakasanakan oleh kumpulan kami. Antaranya ialah, kuiz, teka sampai dapat, permainan kotak bom dan aktiviti gotong-royong membuat mini perpustakaan bersama-sama. Dalam permainan tersebut, pemenang akan mendapat hadiah daripada kami.
Akhir sekali,walaupun kami membuat kebajikan atas kerja kursus subjek tanggungjawab sosial tetapi kami berasa sangat gembira kerana diberi peluang untuk mengalami perkara seperti ini dan merupakan perkara indah dapat membantu mereka yang memerlukan dari segi duit, perhatian, kasih-sayang. Tengok senyuman dan kegembiraan anak-anak yatim tersebut terhadap kami, kami berasa sanggat bangga dengan diri sendiri kerana berjaya melaksakan program kebaikan tersebut.
Comments
Post a Comment