SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE-24 PERKAHWINAN AMI & ABAH
Assalamualaikum semua, semalam pada hari isnin 23 November 2020 merupakan hari ulang tahun perkahwinan mak dan ayah saya. Mereka telah mengharungi susah dan senang selama 24 tahun bersama-sama. Kami adik beradik sentiasa bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang sentiasa memenuhi kehendak kami, bersabar dengan perangai dan karenah kami dan sentiasa memberikan keperluan yang secukupnya kepada kami adik-beradik.
Apabila mengenangkan pengorbanan mereka terhadap kami, saya berasa sangat sebak. Jika dilihat apa yang telah mereka lakukan untuk kami adik-beradik, rasanya tidak terbalas jasa mereka yang terlalu besar untuk kami. Emak dan abah sentiasa berpesan pada kami supaya sentiasa menjaga dan merapatkan sifat kasih sayang diantara keluarga serta kami harus jaga tingkah-laku dan maruah keluarga walau dimana sahaja kami berada. Oleh itu, saya dan adik-beradik membuat perancangan untuk membeli kek bagi menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.
Walaupun kami tidak menyambut secara besar-besaran tetapi kami bersyukur dapat menyambut ulang tahun mereka bersama-sama. Emak dan abah berasa gembira kerana kami tidak lupa tarikh yang penting mereka berdua. Melihat contoh perkahwinan emak dan abah saya, saya harap saya juga akan mendapat seorang pasangan yang menyayangi saya seperti mana abah sangat menyayangi emak saya.
Akhir sekali, saya berdoa agar perhubungan mereka sentiasa diberkati oleh Allah SWT dan sentiasa bahagia dunia akhirat. Kami adik-beradik sangat menyayangi mereka berdua dan kami tidak akan lupa jasa pengorbanan mereka terhadap kami semua. Amiin.
Menyambut ulang tahun perkahwinan emak dan abah 💏
Comments
Post a Comment