TIPS PENGURUSAN MASA
Nak berjaya memang tak mudah kerana kena banyak ilmu yang perlu kita pelajari. Tetapi untuk betul-betul dapat manfaatkan masa kita untuk belajar kita harus fokus. Oleh itu, terdapat 5 tips pengurusan masa yang saya lakukan dan sangat efektif sebagai seorang yang bergelar pelajar.
Tips yang pertama yang selalu dilakukan oleh saya ialah mengatur masa semasa belajar. Masa amat kritikal dalam pembelajaran yang berkesan. Dengan itu, saya membuat jadual waktu harian dan membekal beberapa jam mengikut kemampuan saya ketika belajar.
Seterusnya, tips yang kedua ialah dapatkan tidur yang mencukupi. Maksudnya pastikan dalam jadual tersebut kita mempunyai masa untuk tidur dan rehat. Tidur yang mecukupi selama 6 atau 7 jam semalaman boleh merikan suatu kesan yang sangat besar bagi seorang pelajar. Seterusnya, selah mendapat tidur yang cukup pada paginya saya akan melakukan pergerakan fizikal selama 15 minit, mengambil sarapan yang sihat dan kemudianya saya akan mentelaah pelajaran.
Selain itu, tips yang ketika adalah paling penting iaitu tiada gangguan teknologi semasa belajar. Ini adalah kerana alatan elektronik seperti telefon serta talian internet merupakan suatu gangguan utama kita sebgai pelajar. Malah bukan itu sahaja, penggunaan sosial media seperti Facebook, WhatsApp, Twitter, dan Instagram juga merupakan gangguan kerana banyak masa kita terbuang yang menyebabkan kita tidak fokus untuk belajar. Kalau boleh tutup telefon bimbit untuk 2 jam supaya kita mempunyai perhatian yang mecukupi ketika belajar.
Tips yang terakhir ialah menyalin dan mencatat nota penting semasa pensyarah mengajar. Ini merupakan satu teknik yang berkesan untuk saya kerana saya dapat memahami semua perkara yang disebut oleh pensyarah. Ikut lah pilihan masing-masing untuk membuat nota seperti mana kerana setiap pelajar ada kefahaman mereka sendiri.
Akhir sekali, belajar tiada titik noktah. Oleh itu, kita perlu memberi manfaat apa yang kita ada sekarang untuk belajar. Belajar ini sangat seronok jika kita mempunyai minat yang kita lakukan dan saya harap sebagai seorang pelajar kami dapat berjaya dan dapat membanggakan kedua ibu bapa kami.Semoga dengan tips pengurusan masa yang telah saya berikan sedit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajat di luar sana. InsyaAllah.
Ilustrasi belajar gambar kredit daripada Shutterstock
Comments
Post a Comment