SAHABAT BAIK
Harini ini saya ingin berceritakan tentang kawan paling rapat saya iaitu Nurul Jazmin. Kawan baik adalah orang yang rapat dengan kita. Kawan baik juga merupakan orang yang boleh dipercayai. Nurul Jazmin merupakan kawan saya ketika diploma. Kami mula kenal kerana dia merupakan jiran sebelah ketika kami duduk di asrama kolej yang sama sehingga menjadi rapat.
Secara jujurnya, saya tidak mempunyai kawan yang rapat yang boleh saya jadikan sebagai sahabat. Tetapi, sejak saya berkawan dengan Jazmin rupa-rupanya perangai dia dan saya adalah lebih kurang sama sahaja. Kami sentiasa ikhlas antara satu sama lain dan kadang-kala perangai kami boleh jadi gila sedikit apabila bersama.
Ketika kami belajar bersama-sama, kami sentiasa membantu antara satu sama lain dalam pelajaran dan tidak pernah kedekut ilmu. Kami juga pernah membuat kejutan untuk menyambut hari jadi masing-masing. Banyak aktiviti yang kami lakukan semasa diploma. Antaranya kami pernah memasuki pertandingan menari dan mendapat tempat kedua.
Apa yang saya pelajari daripadada hubungan persahabatan kami ini ialah, kita mesti memilih kawan yang boleh memberi pengaruh yang baik kepada kita kerana sahabat yang baik pastinya mampu menunjukkan teladan yang baik kepada kita. Oleh itu, saya sentiasa bersyukur kerana mempunyai sahabat baik seperti Nurul Jazmin dan berharap hubungan persahabatan ini akan kekal sampai bila-bila.
Comments
Post a Comment