Posts

Showing posts from November, 2020

PENGALAMAN KE RUMAH ANAK-ANAK YATIM & ASNAF QASEH IBU

Image
  Pada 20 April 2019, saya bersama kawan-kawan diploma telah membuat suatu program kebajikan untuk subjek tanggungjawab sosial kami. Kami telah memilih untuk membuat kebajikan di rumah anak-anak yatim dan Asnaf Qaseh Ibu di Ampang, Selangor.  Nama kumpulan kami ialah 'UDECharity4Relief" yang terdiri daripada semai 33 orang dari kelas diploma perakaunan.  Untuk membantu anak-anak yatim tersebut kami memerlukan duit untuk membeli segala barang keperluan yang diperlukan untuk diberi kepada mereka. Kami telah mencari dana dengan menjual kek batik, roti gulung sosej dan juga makanan ringan. Selain itu, seorang bapa daripada kumpulan kami juga telah memberi sedekah sebanyak RM500 bagi  membantu kami dari segi kewangan. Hasil daripada penjualan dan sedekah, kami dapat membeli barang keperluan, membayar duit katering untuk makanan makanan sarapan pagi, tengahari dan juga petang serta aktiviti utama kami untuk membuat mini perpustakaan di rumah anak-anak yatim juga telah berj...

TENTANG USTAZ MIZI WAHID

Image
Muhammad Tarmizi Bin Abdul Wahid atau dikenali sebagai Uztaz Mizi Wahid adalah Ketua Pegawai Eksekutif Safinah Institut, sebuah pusat pendidikan Islam yang dimulakan di Singapura pada tahun 2009. Ia menjalankan kursus Islam dalam bahasa Inggeris untuk semua peringkat umur yang melibatkan para pelajar dengan soalan, perkongsian dan perbincangan. Safinah juga mengadakan khemah untuk remaja dan kanak-kanak serta tempat percutian rohani untuk orang dewasa secara berkala yang dipimpin oleh Tarmizi. Dia adalah lulusan Universiti Al-Azhar di Kaherah, jurusan Undang-undang Islam. Setelah tamat pengajian, dia berkhidmat di Majlis Agama Islam Singapura di Pejabat jabatan Mufti selama dua setengah tahun sebelum memulakan perjalanan keusahawanan. Dia telah ditayangkan di televisyen tempatan, ditemu ramah di stesen radio tempatan dan juga telah menulis banyak artikel untuk pelbagai penerbitan. Kesungguhannya dalam hidup adalah memberi inspirasi kepada orang-orang melalui kata-kata Al-Quran dan Sunn...

SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE-24 PERKAHWINAN AMI & ABAH

Image
Assalamualaikum semua, semalam pada hari isnin 23 November 2020 merupakan hari ulang tahun perkahwinan mak dan ayah saya. Mereka telah mengharungi susah dan senang selama 24 tahun bersama-sama. Kami adik beradik sentiasa bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang sentiasa memenuhi kehendak kami, bersabar dengan perangai dan karenah kami dan sentiasa memberikan keperluan yang secukupnya kepada kami adik-beradik.  Apabila mengenangkan pengorbanan mereka terhadap kami, saya berasa sangat sebak. Jika dilihat apa yang telah mereka lakukan untuk kami adik-beradik, rasanya tidak terbalas jasa mereka yang terlalu besar untuk kami. Emak dan abah sentiasa berpesan pada kami supaya sentiasa menjaga dan merapatkan sifat kasih sayang diantara keluarga serta kami harus jaga tingkah-laku dan maruah keluarga walau dimana sahaja kami berada. Oleh itu, saya dan adik-beradik membuat perancangan untuk membeli kek bagi menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.  Walaupun kami tidak menyambut secara...

SAHABAT BAIK

Image
Harini ini saya ingin berceritakan tentang kawan paling rapat saya iaitu Nurul Jazmin. Kawan baik adalah orang yang rapat dengan kita. Kawan baik juga merupakan orang yang boleh dipercayai. Nurul Jazmin merupakan kawan saya ketika diploma. Kami mula kenal kerana dia merupakan jiran sebelah ketika kami duduk di asrama kolej yang sama sehingga menjadi rapat. Secara jujurnya, saya tidak mempunyai kawan yang rapat yang boleh saya jadikan sebagai sahabat. Tetapi, sejak saya berkawan dengan Jazmin rupa-rupanya perangai dia dan saya adalah lebih kurang sama sahaja. Kami sentiasa ikhlas antara satu sama lain dan kadang-kala perangai kami boleh jadi gila sedikit apabila bersama.  Ketika kami belajar bersama-sama, kami sentiasa membantu antara satu sama lain dalam pelajaran dan tidak pernah kedekut ilmu. Kami juga pernah membuat kejutan untuk menyambut hari jadi masing-masing. Banyak aktiviti yang kami lakukan semasa diploma. Antaranya kami pernah memasuki pertandingan menari dan mendapat te...

COVID-19 PENGALAMAN SEPANJANG PKP

Image
Pada pertengahan Mac 2020 yang lalu, Malaysia telah digegarkan dengan virus COVID-19 yang menyerang manusia. Malah bukan sahaja Malaysia, seluruh negara serata dunia turut terjejas akibat virus COVID-19 ini. Penyakit ini bermula dari Wuhan, China dan telah merebak banyak tempat di kawasan China. Sifat kelekaan dan tidak mengambil endah tentang bahaya penyakit virus ini terhadap manusia memyebabkan pelbagai peringkat usia dari orang muda hingga orang tua telah menjadi mangsa keadaan itu. Malaysia juga turut tidak terkecuali sehingga bilangan yang kena pada mulanya hanya 3 orang makin lama makin meningka sehingga 1,000 orang. Paling dukacita apabila ada yang meninggal akibat penularan wabak tersebut. Peningkatan kes yang mendadak menyebabkan Malaysia memerintakan untuk mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebanyak 4 fasa sehingga awal Mei 2020. Pada 4hb Mei pula, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dikuatkuasakan di beberapa tempat.  Pengalaman sepanjang pkp in...