COVID-19 PENGALAMAN SEPANJANG PKP
Pada pertengahan Mac 2020 yang lalu, Malaysia telah digegarkan dengan virus COVID-19 yang menyerang manusia. Malah bukan sahaja Malaysia, seluruh negara serata dunia turut terjejas akibat virus COVID-19 ini. Penyakit ini bermula dari Wuhan, China dan telah merebak banyak tempat di kawasan China. Sifat kelekaan dan tidak mengambil endah tentang bahaya penyakit virus ini terhadap manusia memyebabkan pelbagai peringkat usia dari orang muda hingga orang tua telah menjadi mangsa keadaan itu. Malaysia juga turut tidak terkecuali sehingga bilangan yang kena pada mulanya hanya 3 orang makin lama makin meningka sehingga 1,000 orang. Paling dukacita apabila ada yang meninggal akibat penularan wabak tersebut. Peningkatan kes yang mendadak menyebabkan Malaysia memerintakan untuk mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebanyak 4 fasa sehingga awal Mei 2020. Pada 4hb Mei pula, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dikuatkuasakan di beberapa tempat.
Pengalaman sepanjang pkp ini memang tertekan pada mulanya kerana keadaan yang memerlukan semua orang berada di rumah dan tidak boleh pergi kemana-mana. Hanya 2 orang sahaja boleh keluar mencari barang keperluan yang diperlukan sahaja seperti barang basah dan barang kering. Kerajaan juga mengetatkan lagi kawalan pergerakan dengan menempatkan polis dan tentera di beberapa kawasan seperti lebuhraya dan kawasan perumahan. Nampak seperti tegas tapi ini semua untuk keselamatan kita semua.
Sebenarnya apa yang berlaku ada hikmahnya. Terdapat banyak kebaikan dan keburukan yang kita dapat sepanjang pkp. Pengalaman saya sepanjang pkp sangat memberi positif kerana ketika saya sambung belajar saya tidak mepunyai banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga dan saya mendapat peluang ini duduk dirumah sepanjang pkp bersama ahli keluarga saya. Seterusnya, bukan itu sahaja peluang saya belajar masakan juga berjaya walaupun saya buat untuk pertama kali. Antaranya, saya belajar masak nasi briyani bersama ibu, membuat dalgona coffee yang viral dan belajar membuat kuih dan kek.
Comments
Post a Comment